Selasa, 15 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431H
daripada Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.
Muslimin & Muslimat di jemput bersama-sama ke Majlis Ceramah Agama bersempena Sambutan Maal Hijrah 1431H yang akan di sampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd Isa Hj. Abd Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah dan juga penceramah radio Kedahfm.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431h
(Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun dan Bacaan Yasiin & Tahlil)
MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR


Khamis, 10 Disember 2009

Sekitar Program Khatan yang telah diadakan di MDSPS

Sebahagian peserta yang telah selesai dikhatankan...
Proses memujuk peserta yang menangis...
Di bilik peserta dikhatankan...
Urusetia (Abg Razak)mengangkat seorang peserta ke tempat khatan
Sebelum dikhatankan peserta diberi makan ubat menahan sakit...




Sekitar Program Khatan yang telah diadakan di MDSPS

Mengisi perut sebelum dikhatankan...
Peserta khatan berdebar-debar menanti giliran untuk dikhatankan...
Suasana gembira ketika dimandikan dengan pancutan pili bomba...
Peserta khatan...




Selasa, 17 November 2009

Ceramah Agama Sempena Menyambut " HARI RAYA AIDILADHA (KORBAN)"

Bersempena Hari Raya Korban ini juga MDSPS akan mengadakan Ceramah Agama yang diadakan pada 23/11/2009 selepas Isya' akan di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu USTAZ MUHD LUTFI AMEER BIN ABDULLAH,( pensyarah Politeknik Sultan Abd Halim), Jitra Kedah. Muslimin & Muslimat Di Jemput Hadir.......

PROGRAM KORBAN & BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Untuk makluman semua Muslimin & Muslimat Masjid Daerah SPS akan mengadakan dua program iaitu Program Korban sempena Sambutan HARI RAYA AIDILADHA (Korban) dan Program Berkhatan Beramai-ramai sempena cuti sekolah akhir tahun. Justeru itu, dijemput semua Muslimin & Muslimat untuk sama-sama memeriahkan program yang pihak MDSPS akan adakan ini..............

PROGRAM GOTONG-ROYONG

Semua Para Jemaah Di Jemput Untuk Sama-Sama Bergotong-Royong Membersihkan Masjid Kita............

Selasa, 13 Oktober 2009

Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya MDSPS

Kelihatan tetamu jemputan (VIP) sedang menjamu selera.......
Imam utama MDSPS sedang melayan para tetamu..


Antara para tetamu yang datang.....

Kelihatan Imam rawatib dan bilal (us.Syukri & Riduwan ) bersama penduduk kampung sedang bertungkus lumus menyiapkan
makanan untuk para tetamu.......



Isnin, 5 Oktober 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Masjid Daerah Seb. Perai Selatan menjemput semua MUSLIMIN & MUSLIMAT ke Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri pada 8/10/09 (Khamis) mula jam 11.00pagi hingga 3.00petang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Warga Masjid Daerah Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin & Muslimat

Selasa, 1 September 2009

Sekitar Majlis Pemberian Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa


Berbuka puasa.......

Majlis tahlil diadakan sebelum masuk waktu berbuka puasa..

Ustaz Shafie menerima sumbangan bagi pihak pejabat agama daerah SPS dari YB. Malik

YB. Malik sedang memberi ucapan........




Tuan Pengarah JAIPP sedang berucap (Tn.Hj.Sazali Hj.Hussein)

Antara para jemputan .turut bersama ADUN Sg.Bakap YB Ustaz Mokthar Shafie.

Ustaz Shafei Abd.Wahab sedang menyampaikan ucapan aluan
kelihatan ustaz Ayob, ustaz Imran dan salah seorang pengerusi qaryah berbincang sesuatu...





Majlis Lawatan Kerja YB Malik dan Majlis Berbuka Puasa Di Masjid Daerah SPS


Pada 4 ramadhan 1430h yang lalu, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan satu majlis bersempena dengan Lawatan Kerja dan Majlis Berbuka Puasa Y.B Tuan Hj. Abdul Malik Abul Kasim Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Daerah SPS dan pengerusi-pengerusi masjid qaryah di Daerah Seberang Perai Selatan . Pada majlis tersebut beliau juga telah bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada seluruh masjid-masjid qaryah di Daerah Seberang Perai Selatan.

Rabu, 26 Ogos 2009

Ceramah Nuzul Al-Quran

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ“
Firman Allah Yang Bermaksud:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan


Jom Pakat Mai Imarah Masjid Di Bulan Ramadhan ini......

Kuliah Subuh Sempena Kemerdekaan Negara


Ahad, 16 Ogos 2009

Jadual Tazkirah Ramadhan Tahun 1430 Hijirah


SAMBUT RAMADAN DENGAN RASA SYUKUR




RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.
Matlamat Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan. Ramadan ialah perkataan Arab dari kata dasar “Ramada” yang membawa dua pengertian: Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang ke sembilan takwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.
Kedua: Ada yang mentafsirkan Ramadan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air di dalam tubuh badan lantaran berpuasa di samping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas, begitu juga cuaca di kebanyakan negara Islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadan. Namun begitu maksud yang tersirat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian di samping penghidupan kita.
Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.
Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.” Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.
Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat. Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.
Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Warga Masjid Daerah Seberang Perai Selatan ingin mengucapkan
"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"

Khamis, 13 Ogos 2009

Kursus Smart Solat Terbuka Dewasa (Lelaki&Perempuan)


Masjid Daerah Seb Perai Selatan akan menganjurkan program kursus Smart Solat 2009 "Kearah Kesempurnaan Solat".
Kurus ini terbuka kepada umum dewasa (Lelaki & Perempuan).Sesiapa yangh berminat bolehlah menghubungi bahagian pentadbiran & pengimarahan Masjid Daerah SPS melalui talian telefon pejabat iaitu 04-5831340.